Sweet Dream ♥
andai dy tahu :')
Thursday, March 31, 2011 ? 1 Atashinchi ?
andainya lelaki tahu ..
apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

andainya lelaki tahu ..
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dy lemah . tetapi dy sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu

andainya lelaki tahu ..
apabila seorang perempuan marah , memang dy tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah makna dy sangt mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergadoh . tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan bercakap banyak , dy tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas . tetapi dy mahu lelaki mengenali nya dengan lebih dekat .

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan berkata dy mahu anda berubah , itu bukan bermakna dy tidak mehu menerima anda seadanya , tetapi dy mahu menjadikan anda lebih baik . bukan untuk dirinya tapi untuk masa depan anda

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan cenburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dy tidak sayang . tetapi dy terlalu sayangkan ada dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang kadang dy terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . naluri keibuan sangt kuat . dy hanya mahukan yang terbaik untuk anda .

andainya lelaki tahu ..
apabila peremnpuan merajuk , jgn kata dy mengada ngada . dy bukan nya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen . tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat perempuan rasa dihargai .

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan jarang mengatakan 'i love you' , itu tidak bermaksud dy tidak menyintai . tetapi dy mahu lelaki itu merasa sendiri cinta nya bukan hanya hadir dari kata kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan kata dy rindu sama kamu , dy benar benar maksudkan nya . apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata kata nya kerana dy hanya mahu menguji kamu . dy mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya . walaupon sememangnya kamu lah yang terbaik di hatinya . selagi dy dengan kamu , percayalah walaupon perempuan mengangap masih ramai lagi yang lebih baik di mata nya , tetapi di hatinya kamu tetap terbaik .

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan menjadi degil , dy bukan bermaksud menjadi degil . tetapi dy mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengar kerenahnya . percayalah hati perempuan itu sangt lembut . andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dy menukar fikirannya dalam masa sesaat .

andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan berkata 'tolong tinggalkan saya!' dy tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . dy hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . apabila dy kembali tenang , percayalah dy akan mencari anda semula . itu tandanya dy benar benar menyintai anda . perempuan sukar untuk mengawal perasaan . dy terlalu emosional . tetapi dy lah yang paling menyayangi anda dan sangt sensitif dengan perubahan diri anda .

andai lelaki tahu ..
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang sangt tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

perempuan itu diciptakan Allah indah sekali . disebalik air mata nya tersimpan seribu satu kekuatan nya yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dy punya kekuatan tersendiri yang bisa menggocang dunia dan mungkin bisa pula membuat lalaki menjadi lemah kerananya

jadi , hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dy didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dy juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . dy lah bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yang terbaik buat anak anak anda .

credits to putri :D
tengs !



Older Post . Newer Post


// FIX - She's My Girl