Sweet Dream ♥
Apa yg lelaki perlu tahu :D
Thursday, October 20, 2011 ? 2 Atashinchi ?
ASSALAMUALAIKUM :)

hye , thanks datang jengok - 2 blog berhabukk nieh , alang - 2 dh dtang , baca larr entry niehh ehh ? :D

  
Bila seorang lelaki yang di cintai perempuan tersebut melafazkan sayang kepadanya .. perempuan itu seolah olah acuh tidak acuh dan mengatakan dia tidak menyanyangi lelaki tersebut .. padahal makna tersembunyi dari perempuan itu adalah dia sangat menyanyangi kekasihnya hingga tidak mahu kehilangan kekasihnya .. #ego ? normal lah tu ..

Bila seorang perempuan mendapat tahu bahawa kekasihnya berhubungan dengan perempuan lain .. dia tidak akan mengakui bahawa dia cemburu kerana dengan alasan dia tidak mahu mengawal kekasihya dan di anggap QUEEN CONTROL .. padahal di dalam hati perempuan tersebut .. dia berasa sangat kecewa dan rasa nak hempuk hempuk je si kekasih dan perempuan yang dok menggatal dengan kekasihnya .. 

Bila si kekasih telah melakukan kesilapan dan meminta maaf .. sikap perempuan akan seolah olah tidak mengendahkannya kerana dia memerlukan masa untuk menenangkan hatinya semula yang telah terluka .. dan di dalam hatinya dia teringin si kekasih memujuk rayu dan mengakui kesilapan serta tidak akan mengulanginya ..

Bila seorang perempuan mendapat berita baik dari kekasihnya seperti si kekasih dapat melanjutkan pelajaran .. dia akan mengucapkan tahniah tetapi jauh di lubuk hatinya dia merasa risau dan tidak tenteram kerana si kekasih tidak berada di depan matanya dan takut si kekasih beralih arah .. 

Bila si kekasih tidak menghubungi .. sikap perempuan akan berdiam diri kerana dia akan cuba sedaya upaya untuk memahami kekasih yang sibuk dengan tugas hariannya .. padahal makna tersembunyinya perempuan itu merasa marah kerana dia merindui si kekasihnya ..


Persoalan yang selalu ditanya oleh kaum kaum Adam .. iaitu kenapa hati perempuan sangat complicated ? sukar dibaca ? sukar ditafsir ? sukar dimengerti ?

JAWAPANNYA perempuan mempunyai hati yang sangat halus dan sensitif .. ibarat sehelai sutera cantik .. mulus .. lembut .. mudah tercarik dan mudah terkoyak .. jadi tidak heranlah jika perempuan ini sukar di baca ..
Di dalam al quran juga telah tercatat bahwa kaum hawa telah dicipta untuk melengkapi kaum adam jadi rasanya tak perlulah timbul sebarang persoalan lagi ..

credot : ikin nikisa



Older Post . Newer Post


// FIX - She's My Girl